kLikDPM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Forum Untuk Ex-DPM '03-'06 JPG Poli Shah Alam


You are not connected. Please login or register

girls kena baca - berkaitan pencerahan kulit

Go down  Message [Page 1 of 1]

wandisini

wandisini
Klik Senior V
Klik Senior V

tahukah korang Apa itu Hidrokuinon Question

ni aku nak share pa yg aku jumpa...aku jumpa maklumat ni pun secara tak sengaja...
tengah cari website satu produk tuk teman wanita aku tu..jumpa plak pasal ni

hidrokuinon ini adalah sejenis bahan kimia yg bersifat penghakis...bila sifat penghakis ni yg aku tau cam asid la..tu kalu xsalah aku la...

di dalam kebanyakkan kosmetik yg ada di pasaran sekarang mengandungi bahan tu...ini kerana ada sesetengah pengeluar produk tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh kem.kesihatan

actually bahan ni akn bertindak menghakis melamin yang ada pada bawah kulit...melamin ni tugas melindungi kulit kita dari sinaran UV dari matahari...kalu xda melamin boleh kena kanser kulit..

Pada peringkat awal penggunaan kosmetik yg ada bahan ni..
kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon dan raksa menghalang penghasilan melanin.
melihat kepada kesan yang menakjubkan itu..ramai wanita menganggap ia produk baik dan terus menggunakannya bagi mengekalkan kecantikan yang baru dimiliki.

Hidrokuinon atau raksa yang disapu pada kulit akan bertindak balas dengan sinar ultra lembayung (UV) dan berlakulah proses pengoksidaan

apa benda proses pengoksidaan tu Question
camni kalu nak faham...
Hiris sebiji epal dan biarkan ia seketika. Selepas beberapa minit anda lihat epal bertukar menjadi coklat. Ini bermakna proses pengoksidaan berlaku dan begitu juga yang terjadi kepada kulit anda.

Cara Mudah Kesan Hidrokuinon dalam Kosmetik Anda

1. Tuangkan sedikit toner ke kapas muka...biarkan terdedah dengan cahaya matahari....atau biarkan seketika...toner akan bertukar warna kepada cokelat..kehitam-hitaman.. sah ada hidrokuinon.

2. periksa penutup toner atau krim malam ( kebanyakan produk ada hidrokuinon pada toner dan krim malam)..jika terdapat kerak cokelat @ hitam..maka wujudlah hidrokuinon..

3. Pengelupasan..... tiada hidrokuinon maka tiada pengelupasan... ada produk yang menyatakan mengunakan AHA/BHA dalam produk bagi membuang sel kulit mati.... perlu di selidik kandungan AHA/BHA yang digunakan.... kebanyakan produk mengunakan hidrokuinon sebagai agen pengelupasan..

Jadilah pengguna bijak......sayangi kulit muka anda....

Berdasarkan buku panduan Kosmetik dan Penjagaan Diri: Bahaya dan Kesan Sampingan terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang,
ada cara tradisional boleh digunakan untuk mencerahkan kulit iaitu menggunakan kuning telur, minyak jagung dan sedikit air sebagai topeng muka (masker).

Selain itu, jus nanas segar boleh menaikkan seri kulit yang kusam. Caranya, rendam tuala muka ke dalam jus nanas (campur air jika terlalu pekat) dan letak tuala pada muka selama 15 minit.

Kandungan enzim bromelain dalam jus nanas boleh melarutkan sel kulit mati yang menyebabkan pengumpulan lebih banyak sel mati di muka.

Kaedah tradisional ini mungkin lambat menunjukkan kesannya, tetapi yang penting ia selamat dan bebas bahan kimia berbahaya.


so girlz out there...think before use it..
guna cara semulajadi seperti yg dipost oleh khai dalam masker buah-buahan tu pun ok gak...poket pun tak kering muka pun cantik berseri

sumber : http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t76700.html

http://www.azwananuar.com

2girls kena baca - berkaitan pencerahan kulit Empty maklumat tambahan Wed Sep 24, 2008 10:33 am

wandisini

wandisini
Klik Senior V
Klik Senior V

# Hidrokuinon — Menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik.

Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.

# Trietinon — Kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.

# Raksa — Kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf.

http://www.azwananuar.com

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum