kLikDPM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Forum Untuk Ex-DPM '03-'06 JPG Poli Shah Alam


You are not connected. Please login or register

cerita2 lawak

2 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1cerita2 lawak Empty cerita2 lawak Thu Jun 05, 2008 2:52 pm

hisyam

hisyam
Ahli Aktif
Ahli Aktif

NENEK TUA
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya
datang berkunjung untuk menjenguknya.
Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.
Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu"..
Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
"Bila dia menangis".
"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.." Very Happy

LAWAK BUDI BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu
berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda
itu bangun, namun belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke
tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka
berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara
lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik
itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak
payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda
itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian
saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!" Laughing

Rajin ke Kubur
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand .
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah
telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk
tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat
tumbuh...... " Laughing

Cewek Telanjang Naik Teksi
Cewek telanjang nekad naik taksi, pemandu teksi pun membebel. Si cewek
pun marah-marah.
"Gak pernah liat orang telanjang apa!!!"
Pemandu teksi pun menjawab,
"Aku cuma bingung kamu nanti nak keluarkan duit dari mana!!!"
What a Face



Last edited by hisyam on Thu Jun 05, 2008 3:03 pm; edited 1 time in total

2cerita2 lawak Empty Re: cerita2 lawak Thu Jun 05, 2008 2:55 pm

hisyam

hisyam
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Che'gu Berahim

PART I

Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh muridČnya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana muridČ baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tibaČ memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah bertanya kpd muridČnya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III

Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??


PART IV

Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
TibaČ seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!


PART V

Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Laughing cheers

3cerita2 lawak Empty Re: cerita2 lawak Thu Jun 05, 2008 3:00 pm

hisyam

hisyam
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Baju...

Suatu hari seorang ibu yang tua pergi kerumah anaknya yang baru berkahwin. Dia terkejut apabila melihat anak perempuan tanpa seurat benang pun menanti suaminya pulang dari kerja. Si ibu bertanya kepada anaknya dengan penuh hairan.

Ibu : Nak nape tak cukupkah wang suami kamu untuk membeli sehelai pakaian sehingga kamu berkeadaan begini

Anak : Taklah abang suka cam ni mak. dan dia lebih sayangkan saya kalau saya berkeadaan begini.

Lalu ibunya pulang kerumahnya dan menanti suaminya pulang dengan tanpa seurat benang di bajunya

Ayah : Nape maknya tak iron dulu baju tu....Lain kali sebelum pakai baju tu iron dulu supaya ia tak berkedut.

ibu : ????????

4cerita2 lawak Empty Re: cerita2 lawak Thu Jun 05, 2008 3:04 pm

hisyam

hisyam
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Rahsia Menangkap Ikan


Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

CrewTV3 : "Oooooooooooo......."

5cerita2 lawak Empty Re: cerita2 lawak Fri Jun 06, 2008 7:30 pm

hisyam

hisyam
Ahli Aktif
Ahli Aktif

sebab sebab penjara pudu ditutup......

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terakhir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,


"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa ... "


Tahniah kerana minat membaca.

6cerita2 lawak Empty cherita chot Sun Jul 13, 2008 4:05 pm

wandisini

wandisini
Klik Senior V
Klik Senior V

GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia
dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik
dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri
sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh
ke bawah tempat duduk penumpang.
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak...
Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."


KEMIK

Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya
seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop
tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan
Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya
akan kelihatan seperti sediakala..

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat
lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot
menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu
keretanya akan kembung semula..

Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!"


BUKU TEPON

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.
"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.
" Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.
"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh
mendukacitakan! " kata Chot.
"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.
"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa
yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata, "Ahh.... jadi, encik ni la yang ambil buku
panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"



MASA

Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak
menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak
la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

http://www.azwananuar.com

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum