Forum Untuk Ex-DPM '03-'06 JPG Poli Shah Alam


You are not connected. Please login or register

Aku Budak Politeknik - catatan budak poli

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Aku Budak Politeknik - catatan budak poli Empty Aku Budak Politeknik - catatan budak poli on Sat Feb 14, 2009 2:04 pm

wandisini

wandisini
Klik Senior V
Klik Senior V
di masa aku menulis ni aku tengah kebosanan time keje. aku tengah on-call..catatan ini ku coretkan untuk mereka yang sudi membaca

Aku Budak Politeknik

ISNIN

6.30am
bangun pagi, gelap lagi rumah, sbb aku yg bangun dulu biasanya dalam umah tu, aku tak nak bangun lambat nanti kena beratur nak mandi..da 2,3 org mahluk tu yg suka mandi lama2 cam pempuan.
bilik aku pun gelap lagi.

pastu aku teringat malam tadi alif pesan
"wan, sok pagi aku kejutkan aku eh"
" baik alif" aku memberikan jawapan.

so bila aku dah bangun tu, terus la aku pasang lampu bilik dengan tujuan yg baik nak kejutkan alif. alif menunjukkan respon yg baik. dia terjaga .

"alhamdullillah..alif nak bangun la tu". Hatiku berbisik

tapi sangkaan aku dan anda semua yang sedang membaca ni meleset dan jauh sama sekali. alif bukan nak bangun, dia tarik selimutnya yang da bunga-bunga matahari tu, langsung menutup kepala dan menyelebungi seluruh bandanya.

cis...aku menyesal
menyesal kerana telah bersangka baik kepada sahabat ku ni di pagi isnin yang indah ni. memang la ustaz ada berpesan masa sem2 dulu.

"kita kena bersangka baik dengan semua orang. kalu nampak budak lelaki jalan berdua dengan awek, bersangka la baik, munkin dengan isterinya kot tu, biar la" ustaz cakap.
aku tak ingat la nama ustaz tu. pa eh?

tapi kawan2 dan rakan2 sekalian, aku nak berpesan..
nak bersangka baik dengan orang pun kena tengok keadaan dulu la, kalu jenis yang macam sahabat aku ni, jangan la nak bersangka baik sangat.
selepas insiden itu, aku dah stop bersangka baik dengan alif lagi. kalu dia suh kejutkan lagi, lantak la, malas aku nak layan. tunggu aku dah siap mandi dah solat dah siap pakai baju, baru aku kejutkan dia.

730am
masih da yg belum mandi lagi waktu ni, lagi teruk, da yg belum bangun lagi waktu ni. kelas kul8 ni.

“wei..rashid, ko mandi ke tido dalam tu” hisyam bersuara sambil mengetuk2 pintu
“jap la, tengah gosok gigi ni” Rashid menjawap dalam nada suara yang tersekat2, sbb da ubat gigi dalam mulut lagi.

ooo yea...kelas Marketing P5126 pagi ni.
Nasib baik keje yg diberikan minggu lepas dah copy paste dengan kahar dan telah di olah agar tidak nampak seperti yg original.heheh..
mengolah jawapan rakan-rakan anda perlulah selari dengan apa yang dikehendaki dengan jawapan dan soalan yang diajukan

ada gak budak kelas aku ni yang ambil bulat2, lonjong2, leper2, 3 segi, jawapan orang lain langsung tidak di olah. Koma, titik, perenggan pun suma sama je. Perkara ini boleh menimbulkan syak wasangka kepada lecturer yang mengajar. Jangan macam ni. Kena smart tau.hehe..

745am
baru turun kat parking motor kat bawah umah. panaskan ejin jap.

“alamak kunci motor aku kat atas la” am berkata, lantas berlari dengan pantas ibarat anak badak sumbu yang dikejar singa.

tanpa menunggu rashid yg selalu lambat dan am yang naik balik tu, kami pun menuju ke destinasi. tempat pencarian ilmu. poli shah alam

755am
10minit je sampai poli. Ni kira masa catatan biasa bagi kami dari bukit jelutong ke poli. Setakat ni catatan masa terbaik pernah di buat oleh hisyam ialah 4m 36s. tak tau la laju mana ni. Hebat hisyam ni.

sampai tempat motor yg terletak di depan DKU, jauh gak tempat tu ke jabatan. parking cepat2 terus bergerak dengan pantas menuju ke kelas dpm6a

8.02am
sampai kelas dulu sebelum lacturer sampai adalah perkara yng menggembirkan pada hari isnin. kalu datang lambat tak best la. nanti lecturer nak mengajar pun tak da mood. lagi2 tengok muka syam datang lambat.ketua kelas pun lambat, hisyam adalah seorang ketua kelas.
cam biasa aku akan ambik tempat duduk sebelah pudin. Tak suka sangat sebelah pudin ni. Terpaksa je. Selama 6 bulan aku buat2 suka je.he…
dia ni kekadang otak geliga cam hisyam. Dia da deal dengan aku untuk subjek BI. Gilir-gilir bawak kamus. Bagus la idea tu, aku setuju supaya tak yah kami serentak bawak kamus. Tapi bila turn dia je , lupa la, berat la. Pudin, pudin, Bagussss…otak bergeliga, otak penipu

10.00am
Kelas abis, lapar ni
Biasanya akan gi makan kat kafe, atau beli roti je kat koperasi

10.30am
kelas law. kena gi DKJ. kelas combine dengan dpm6b. agak bosan gak belajar law ni. Nak kena ingat banyak kes-kes lepas la dan juga kekadang tetiba da kuiz. Kes dah la macam-macam nama, satu kes yg aku ingat ni je sulivan vs sulivan. Kes pasal entity berasingan kan. Sori kalu salah

Bosan belajar law. Tapi da 1 kes pernah terjadi kat sahabat ku bernama hisyam, dia dapat full mark masa exam mid-sem.
Pergh…hebat betul hisyam ni. Pada masa tu la baru suma membuka mata kat hisyam.
Suma cam tak percaya, bila hisyam dapat full mark mula timbul cerita yang tidak sedap didengar. Da yang kata hisyam bela toyol, hisyam guna jin la.
Patut la 1 hari tu aku terbau kemenyan dalam rumah, hisyam beli ayam sekor,ye la kot tu, nak bagi makan toyol dia.
Ntah la, benda-benda mistik dan misteri nusantara ni susah nak diperkatakan, cakap banyak2 takut sangkut la benda tu..eee..takut aku.
Ada andaian lain, hisyam guna kabel la. Macam2 la, tapi bagi aku memang patut pun ramai yg yg bersangka buruk kat hisaym ni, kalu tengok muka memang tak leh caya la. Pelik camna leh full mark

selepas tersebar berita hisyam dapat full mark. pudin mula berbuat baik dengan hisyam, mereka mula kelihatan bersama kemana-mana sahaja. termasuk berenang kat swimming pool kat bawah rumah kami tu.

"syam, nak gi mana, berenang ke, nak ikut" pudin bertanya
"jom la" baik betul syam ni ajak pudin berenang.

tapi sebetulnya pudin ni ada agenda tersendiri, dia cuba menganggu pemikiran hisyam agar hisyam dah tak terrer lagi subjek law. bila berenang bersama tu diharapkan agar kebijaksanaan law hisyam tu turut dapat meresap di dalam diri pudin melalui air pool tu

1.30pm
baru abis kelas dalam keadaan lapar. Petang ni tak da kelas. So suma balik ke rumah, tapi sebelum balik kena singgah makan
“makan kat dhiya jom” aku mengutarakan pandangan.
“jom..” disambut dengan semua sekali. Memang bernas idea makan kat dhiya tengah hari ni. Lagi pun dhiya memberikan hidangan dan harga yang setaraf dengan student, bajet.

Bersambung…
Apa aktiviti selepas itu, semuanya akan diceritakan dalam episode akan datang.
Adakah alif akan pergi ke giant?
Tunggu…

(P/S : Semua nama dan watak dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kene mengena dengan sesiapa sama ada hidup atau sudah meninggal duania)



Last edited by wandisini on Mon Feb 16, 2009 9:50 am; edited 1 time in total

View user profile http://www.azwananuar.com

2Aku Budak Politeknik - catatan budak poli Empty Re: Aku Budak Politeknik - catatan budak poli on Sun Feb 15, 2009 12:17 pm

cikgu saiful


Ahli Aktif
Ahli Aktif
best le keje goment..byk masa terluang wan mengarang..
lps ni leh le jd part time novelist... xpun journalist
huhu

View user profile

3Aku Budak Politeknik - catatan budak poli Empty Re: Aku Budak Politeknik - catatan budak poli on Mon Feb 16, 2009 12:10 pm

Apiez

Apiez
Klik Senior II
Klik Senior II
citer ko amat bagus sekali wan..buat aku teringat zaman study lu..aku arap ko teruskan lagi. x sabar nak baca sambungan nyer..hehehehe.

View user profile

4Aku Budak Politeknik - catatan budak poli Empty Re: Aku Budak Politeknik - catatan budak poli on Mon Feb 16, 2009 4:18 pm

wandisini

wandisini
Klik Senior V
Klik Senior V
aku akan sambung masa aku on-call

apa akan terjadi kepada alif...kita nantikan dalam episod akan datang


_________________
www.azwananuar.com
View user profile http://www.azwananuar.com

5Aku Budak Politeknik - catatan budak poli Empty Re: Aku Budak Politeknik - catatan budak poli on Mon Feb 23, 2009 12:17 pm

linda

linda
Ahli Biasa
Ahli Biasa
Ko keje on call nie mesti byk wat OT ko kan...
Wa x lama lagi mesti aku dapat kad jemputan dari ko kan Wan...
he8x...

View user profile

6Aku Budak Politeknik - catatan budak poli Empty Re: Aku Budak Politeknik - catatan budak poli on Thu Feb 26, 2009 12:22 am

alifaimran

alifaimran
Ahli Aktif
Ahli Aktif
kuang aja ko wan.....
bole plak ko nk buruk2 kan aku....
nnt aku akan buat karangan gak...
dalam bentuk cerpen....
korang tungu la.....
ingt wan doa org teraniaya akan termakbul...... Rolling Eyes
aku pki selimut bcorakkan bunga matahari ke dulu???? Mad

View user profile

7Aku Budak Politeknik - catatan budak poli Empty Re: Aku Budak Politeknik - catatan budak poli on Fri Mar 06, 2009 2:34 pm

wandisini

wandisini
Klik Senior V
Klik Senior V
alifaimran wrote:kuang aja ko wan.....
bole plak ko nk buruk2 kan aku....
nnt aku akan buat karangan gak...
dalam bentuk cerpen....
korang tungu la.....
ingt wan doa org teraniaya akan termakbul...... Rolling Eyes
aku pki selimut bcorakkan bunga matahari ke dulu???? Mad

ko jangan lupa doakn aku berjaya alif, semoga cepat kahwin ke naik pangkat ke

View user profile http://www.azwananuar.com

8Aku Budak Politeknik - catatan budak poli Empty Re: Aku Budak Politeknik - catatan budak poli on Mon Mar 16, 2009 12:16 pm

ila

ila
Ahli Aktif
Ahli Aktif
dh terbongkar kisah di bkt jelutong.
jgn mrh2 alif nanti kena jual

View user profile

9Aku Budak Politeknik - catatan budak poli Empty Re: Aku Budak Politeknik - catatan budak poli on Tue Mar 31, 2009 7:30 pm

dzulham

dzulham
Klik Senior I
Klik Senior I
ala lif..kan wan kata...cite ni rekaan semata-mata...
Razz

View user profile http://www.customs.gov.my

Sponsored content


Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum